Thursday, June 30, 2011

Ulang tahun 20 tahun.

Semalam muncung bukan main.
Harini saya muncung lagi panjang 2km.
Tapi tak lama. HEHE

So, I warn you 
kebarangkalian mood aku bertukar sangat tinggi.






(Ada aku kesah?)






29 /6/2011 birthday Shou, housemate aku. Kami pakat main tabur bedak atas kepala dia. Nak tabur pakai tepung sayang, boleh buat cekodok. Ni bukan bedak cap John Travolta, bukan bedak cap Johny Deep. Tapi bedak Johnsen&Johnsen. Bukan main lagi kelassss kau nyah! Habis bedak aku. Birthday girl putih 1 badan, dengan aku aku sekali. Cehh.

Paling best, lantai rumah kami boleh buat shuffle woo..!
Rambut aku pon jadi selembut sutera.
Terima kasih Johnsen&Johnsen!
Kahkahkah.

30/6/2011 birthday Idris, collegemate aku. Tadi dekat kolej budak-budak lelaki pakat simbah dia dengan air busuk. Teh basi + kahak + telur + tepung. Habislah berendam 7 hari 7 malam pon belum tentu hilang bau kau derrr. Eeeuuuwww! Seram tengok kau keluar toilet buat muka bengang. Tapi seram lagi tengok muka dengan rambut kau putih ajeeee. HAHA



Happy Birthday! Korang dah tua oi!

Friday, June 24, 2011

KL to Karak opss! KL to Kelantan.



Hai pakwe-pakwe Kelantan!


Semalam pergi Kelantan.
Pergi satu hari sebab saja-saja nak pergi.


Banyaklah kau punya saja-saja.
Eh belum apa-apa dah keluar gambar dia.


KPTM-KESEDAR Gua Musang, Kelantan.
Haii adik bongsu!

Kita bagi gambar bercerita.



Tapi alangkah sedih sebab pakwe Kelantan tak pandang budak pendek nih.


Kami nampak kereta terbabas masuk longkang highway.
Bas kami semput, tak boleh naik bukit.
 Sumpah cuak gila.


Sampai KL malam, aku dah takut kalau kami terlepas tren akhir. Nasib baik ada, haihh selamat. Tapi..kenapa ramai orang kuning?


Ohh, penyokong Malaysia rupanya.
Lupa haritu ada bola.


M'sia buat aku bangga!

Monday, June 20, 2011

Perempuan diragut depan apartment aku.

Semalam saya senang. Hari ini saya sibuk.
Semalam saya boleh lena dalam tilam. 
Hari ini saya tertidur didalam kelas atas meja. 
Juga sangat lena, apa lagi ada aircond.

Nampak sangat saya boleh tidur dimana sahaja.
Tak senonoh betul, buat jatuh market aje.

Ibu cakap dulu saya anak paling senang dijaga, 
saya bangga.
Ibu cakap saya lembik macam sotong, 
saya err..tak berapa bangga.

_________________________________________________

Tadi pagi saya dikejutkan satu kejadian ragut.
Yang paling menterkejutkan aku, depan sikit je dari pagar apartment aku wehh! Kejadian tu dalam pukul 8pagi. Aku keluar rumah pukul 8.45pagi. Mana tak kecut perut aku jalan pergi LRT. Seriau! Kesian perempuan tu, berteriak macam kena histeria.

Tapi saya cool. 

Allah, kepadamu aku mohon perlindungan. Amin.

Sunday, June 19, 2011

Datuk K dalam hati saya.

Mohamad Khairodin bin Imam & Hasnon bt Mohd Sayuti.

Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Bapa.

'Kita bukan orang mewah Jana..'

Ayah selalu cakap macamtu. Tapi kenapa bila aku mintak duit ayah selalu bagi? Dulu selalu aku merungut, kenapa ayah tak macam ayah orang lain? Kenapa ayah kerja 24 jam?

Kita bukan orang senang. Kita bukan orang miskin. Hidup kami sedang-sedang. 

Ayah kerja siang malam untuk bagi apa yang kami perlukan. Setelah kami beranjak dewasa, baru aku tahu. Kami dah cukup dewasa untuk tahu semua perkara tentang hidup ayah.

'Hidup ayah susah, jadi ayah tak mahu anak-anak ayah merasa seperti ayah.'

Itu dah cukup buat air mata aku mengalir. Ya Allah betapa aku beruntung mempunyai lelaki seperti ayah. Ayah tak pernah kenal erti penat. Sumpah, kadang aku bertanya sendiri, ayah aku ni tak penat ke?

Ahad je waktu cuti ayah.
Itupun tak lekat dekat rumah.

Sejak aku sambung belajar, dapat MARA. Aku tak pernah lagi mintak duit ayah. (Sem 5 ni aje baru aku mintak duit yuran.hikhik.) Bagi aku dah cukup selama ni aku meminta-minta. Ayah pon nak beli apa yang dia mahukan.

Ayah shopping baju raya, ayah holiday, ayah beli kereta, ayah beli kedai, ayah beli rumah, ayah beli kebun. 

Sebenarnya kepuasan ayah berbelanja, akhirnya untuk kami. Kan? Sikit pun dia tak lupakan anak-anak.

Tuhanku, ibubapaku anugerah terindah pernah aku miliki. Pinjamkan aku anugerah ini selamanya. Kerana aku tak mahu kehilangan walaupun sedetik.

Dia penyabar, dia tenang, dia sangat cool.
I love you daddy.

Khairodin's daughter,
Haireen Nurjana.

Tutorial disable right click.

Nah, tutorial untuk awak.



'TAKKAN ITUPUN NAK COPY?'
Awak boleh tukar ikut sesedap rasa yang awak nak.

1. Design
2. Page element
3. Add a gadget
4. HTML/JavaScript
5. Copy&paste kod diatas
6. Siap!

___________________________________

Semalam pergi kenduri rumah orang.
Perut kenyang, hati senang.
HuahuahuaDOTcom.


Friday, June 17, 2011

formspring.me

Kau tanya aku jawab. Aku jawab kau tanya. http://formspring.me/nonahaireen

Thursday, June 9, 2011

Ada apa dengan KPTM?

Sejak-sejak nih ramai betul budak histeria dekat kolej.
Apa nih? Jangan buat aku takut weii.
__________________________________________

[Sorry Azu, tiap kali nak habaq pasai hang, tiba-tiba otak blank.]

__________________________________________

OK lah kita sambung.

Sekarang ni azan berkumandang tiap kali masuk waktu. Satu bangunan dengar. Dan kami berasa tenteram, sangat tenteram. Lepas azan, budak-budak akan hyper balik. Kesimpulannya kolej kami akan senyap hanya dua kali sehari. Zohor dan Asar sahaja.

Begitulah setiap hari.

Kolej kami ada 6 tingkat, tapi sampai tingkat 5 aje boleh guna. Kami dilarang naik tingkat 6. Kami tak tahu kenapa. Tapi paham-paham sendirilah.

Jangan takut.
Kami hidup aman gembira sihat sejahtera dalam kolej tu.


KPTM KL
hebat.

(Bak meh lima posen! duit iklan.)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...