Tuesday, July 3, 2012

Dia sedang mendengar permintaanku.

Aku masih tak diberi jawapan pada soalan yang aku pohon.


Tak mengapalah. Mungkin belum sampai masanya lagi aku tahu jawapannya kot.

___________________________________

Dua hari lepas, sekitar pukul 2 pagi. Selepas aku balik kerja dan keluar semula untuk study group dan balik semula ke rumah. Ah sangaaaaaaat penat! Eh Haireen, tak baik mengeluh, ni namanya cabaran. OK sampai mana kita tadi?


Selesai Isyak, tergerak hati untuk melakukan solat sunat, solat yang jarang orang lakukan. Mungkin kalau buat pon biasa aku dengar untuk mintak petunjuk jodoh. Seumur hidup pada umur 21 tahun, aku melakukan solat sunat Istikharah. Ya Allah manusia apa aku ini..


Apa yang aku minta hanya yang biasa-biasa. Solat Istikharah bukan untuk minta petunjuk jodoh je kan. 


Allah, perdengarkanlah permohonan aku.


Aku tidur lena malam tu, lena tanpa mimpi. Takdak, nothing. Esok pagi aku cuba ingat lagi, sebab aku ni pelupa, penat aku dok perah otak. Tapi..kosong. 


Tak mengapalah, aku baru buat sekali. Mungkin solat aku tak khusyuk, mungkin juga Allah bagi aku petunjuk melalui cara lain, bukan mimpi.







Tapi aku pasti, Dia sedang mendengar permintaanku. =)




* Aku harap takdak orang bertanyakan pada aku tentang ini seperti mana mereka sibuk bertanya pada aku tentang barang customer hilang dikaunter Polo disebabkan AKU. 
Ya, aku lemas. *









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...