Thursday, October 25, 2012

Daging kicap, Paprik, dan ayam goreng.



Google.

Semalam, saya masak ayam goreng berempah entah apa-apa. Segala rempah yang ada dalam rumah ni, saya blend. Saya cilok gambar nih sebab ayam saya masak semalam sebijik kaler macam nih. Bahkan lebih lagi.
T____T

Google

Haritu masak daging kicap. Haireen bijak telah merebus daging dengan kuantiti air yang baaaaaaaanyak. Padahal daging ciput je. Setelah itu apabila dimasak, dagingnya tawar tidak berasa apa-apa.
T___T

Google

Beberapa hari yang lepas saya masak ayam paprik. Bila sudah siap masak, rasa bangga nampak cantik nyum nyum confirm menyelerakan.





Omagad. Lupa letak halia!

Anda bayangkan apakah rasa paprik tanpa halia disisi? Panaskan lauk balik, potong halia, dan gaul. OK lah tu kan?  T____________________T


Failed failed failed. Tapi guwa rilek, chill lah. ^.^

Sunday, October 7, 2012

No love story dah. (Oh tidakkk!)





So, boyfriend. Tak dopeklah den nak mengarang ayat bunga-bunga cinto untuk melahirkan rasa cinto den yang mendalam ini. TAK DOPEK jang oii. 





Aku merancang secara serius untuk tidak membangkitkan cerita mengenai cinta/relationship selepas ini. Ini serius punya rancangan, tapi kalau ada sikit terkeluar mintak mahap la yek. Hati remaja memang sukar dijangka ecewahhh.


 Ini kerana,


Kawan baik, kawan jahat kawan, bahkan adik beradik, sepupu sepapat, ipar duai telah membaca blog kitew. Kitew macam malu-malu tapi dalam hati eh bacalah, bacalah lagiiiiii. Heheh 

Dibuatnya adik sepupuku yang masih muda belia bukak blog aku pastu membaca bahan bacaan yang tidak elok, bukankah akan mempengaruhi mereka? Hah habes ah aku jadi role model yang cun tapi tak elok. Mak ayah dorang marah-marah lantas memulaukan aku & takkan mengajak aku pi family day akan datang.




Uiii jauh imaginasi.
OKlah. Assalamualaikum, tumpang lalu. Kbye.

Wednesday, September 19, 2012

Surat cinta buat 7Orang1Bumbung.



Khamis, September 2012. 0217 am.

(Amaigad. Rindu blog! Rindu nak type panjang-panjang syok sendiri pastu banyak typo HAHAHA)

Dear kawan,
Macam mana hidup kalian sekarang? Seronok pijak tangga universiti?? Arghh sumpah jealous gilerrrwxx%&zz! Tapi i bet, KPTM jugak yang korang selalu dok compare kan? Itu lah, aku suruh korang tunggu sampai aku grad takmo. Eheh

'KPTM ade lift, KPTM sejuk, Lectures KPTM best, KPTM ada tu ada ini.'

Kan? =D

Dear kawan,
Rumah sewa kita dah tak semeriah dulu. Mana syok tengok running man bertiga je! Mana syok tengok bola sendiri pastu bila goal teriak sorang-sorang je! Mana syok celebrate birthday takde korang! Mana syok tengok wayang tak complete 7 orang, mana syok!

Oh, tears fall.

Masa kalian balik, kita semua menangis. Aku orang paling last balik masa tu. Tahu tak perasaan ditinggalkan? Hari terakhir waktu  tu tinggal aku, Anis dengan Munirah je, saat kita berjabat tangan, berpeluk. Aku sedar waktu itu mustahil kita dapat kumpul semula. Aku rileks, cool. Sampailah korang semua balik & tinggal aku seorang dalam rumah tu. Aku terduduk & menangis sungguh-sungguh. Kenapa rasa macam cepat sangat!

Lepas ni, turn aku pika dengan ana pulak ikut jejak langkah kalian. Tak sabarnya! Doakan kami.

Dear 7 orang 1 bumbung yang paaaaling aku sayang,
Aku redha setiap manusia ada jalan hidup masin-masing. Redha itu indah. Aku redha bila satu masa, kita semua takkan dapat jadi macam dulu balik.


(Rakaman Jangan Tidur Lagi, April 2011 )
Rindu. ='(


Agak-agak antara kita siapa yang kahwin dulu? Ihik 



Love, Haireen.




Thursday, September 6, 2012

Rumah terbuka.

Ketiadaan laptop dan broadband (terminated) membuatkan aku saaaaaaaangat lemah untuk update blog. Ah, rindunya nak online lama-lama!



GILA 1


GILA 2


Presentation 2. 

Ramai yang tanya mana dapat tudung satin ni, tudung satin ni kami import from Brunei. Kakak kepada Fathana belikan. Kalau beli dekat jalan TAR RM45 sehelai. 

Wednesday, August 8, 2012

Good bye.

Aku decide untuk OFF blog. Lenyap dari blogger. Hilangkan semua post.




Eh aku baru decide. Buatnya belum tentu lagi.
Jaga diri semua, Salam Aidilfitri in advance.
Assalamualaikum.


Tuesday, July 3, 2012

Dia sedang mendengar permintaanku.

Aku masih tak diberi jawapan pada soalan yang aku pohon.


Tak mengapalah. Mungkin belum sampai masanya lagi aku tahu jawapannya kot.

___________________________________

Dua hari lepas, sekitar pukul 2 pagi. Selepas aku balik kerja dan keluar semula untuk study group dan balik semula ke rumah. Ah sangaaaaaaat penat! Eh Haireen, tak baik mengeluh, ni namanya cabaran. OK sampai mana kita tadi?


Selesai Isyak, tergerak hati untuk melakukan solat sunat, solat yang jarang orang lakukan. Mungkin kalau buat pon biasa aku dengar untuk mintak petunjuk jodoh. Seumur hidup pada umur 21 tahun, aku melakukan solat sunat Istikharah. Ya Allah manusia apa aku ini..


Apa yang aku minta hanya yang biasa-biasa. Solat Istikharah bukan untuk minta petunjuk jodoh je kan. 


Allah, perdengarkanlah permohonan aku.


Aku tidur lena malam tu, lena tanpa mimpi. Takdak, nothing. Esok pagi aku cuba ingat lagi, sebab aku ni pelupa, penat aku dok perah otak. Tapi..kosong. 


Tak mengapalah, aku baru buat sekali. Mungkin solat aku tak khusyuk, mungkin juga Allah bagi aku petunjuk melalui cara lain, bukan mimpi.







Tapi aku pasti, Dia sedang mendengar permintaanku. =)




* Aku harap takdak orang bertanyakan pada aku tentang ini seperti mana mereka sibuk bertanya pada aku tentang barang customer hilang dikaunter Polo disebabkan AKU. 
Ya, aku lemas. *









Thursday, June 28, 2012

Lirik lagu Yuna - Live your life.


Yuna - Live Your Life
Chorus:
Find your lie, don’t hide from what you are
And rise before you fall,
And hope for something more
Live if you really want to
Live if you really want to
Live if you really want to

All my life, I’ve been looking for something amazing
It’s almost like I’ve been star gazing
The sky is riding above me
Oh, oh, oh
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself
Cause you don’t have to lose

Chorus:
Find your life, don’t hide from what you are
And rise before you fall
And hope for something more!
Live if we really want to
Live if we really want to

All my life, my dreams just seemed so far away
And now it’s like they’re here to stay
I hold it close to me
Oh, oh, oh
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself
Cause you don’t have to lose

Chorus: (x2)
Find your life, don’t hide from what you are
And rise before you fall
And hope for something more!
Live if we really want to
Live if we really want to
Live if we really want to
Live if we really want to

_______________________________________



Aku suka lirik dia. =)


Serius. Aku mula memikirkan untuk berhenti bekerja dan memohon rayuan biasiswa daripada bapaku sendiri. (HEHE)


Serius weh.


Bukan malas, bukan tak suka, bukan manja. Tapiii..ah biarlah.



Monday, May 14, 2012

UiTM Merbok, Kedah. Bye!

4 hari lagi before balik Kuala Lumpuuuur! && 5 hari lagi nak balik JB yahooo! Alhamdulillah. 1 semester lagi nak grad. Oh lupa, Hai! Saya orang Johor, belajar di Kuala Lumpur dan sekarang mengambil short course selama 1 bulan lebih di UiTM Merbok, Kedah. 

Ibu : Tak ada yang jauh lagi ke kau pilih?

Well ibu, belum kahwin travel jelah dalam M'sia, sudah kahwin nanti travel luar M'sia pulak. Kan? =)






Kawan dulu time kolej takat senyum sedekah sekarang jadi geng paling kamceng yaww! Pi class, keluar jalan, makan minum, gossip semua sama-sama! Intim tauuu.

Uitm Merbok jauh dari kedai. Nak berjalan keluar pintu pagar je dah boleh mentercabutkan pinggang aku dari kedudukan asal. (Mentercabutkan? HAHA)

UiTM Merbok jauh dari Shopping Mall. Jangan engkau mahu berangan nak pergi shopping mall naik LRT turun Hang Tuah, naik pulak Monorel OK. Tak tak, tak dapat.

TAPI MAKANAN DI KEDAH MURAH! Aku hampir price shock. Hampir hampir beli semua makanan mengikut nafsu tekak. OK lah, bukan hampir. Memang dah beli pon. Satay RM0.30 sebatang kak oi! Mana nak dapat satay murah macam tu dalam dunia yang fana ini? 

Selamat Tinggal UiTM Merbok, Kedah. Semoga berjumpa lagi.




Duduk 1 bumbung ni, macam-macam kita tahu perangai masing-masing. Kan?


Sunday, April 15, 2012

Hello, anybody home?

Lama aku ambil masa untuk tulis entry berkaitan begini. Ianya mengenai kami 7orang1bumbung yang sampai masanya terpaksa berpisah. Sedih. Sebenarnya aku tak tahu nak ceritakan bagaimana. Bagaimana ianya bemula. Bagaiman kesudahan. Eh ianya tiada kesudahan ok.

Kawan-kawan. Teruskan perjalanan, jangan toleh kebelakang lagi. =)

Taknaklah cerita lagi, sedih.








Currently aku dekat UiTM Kedah, doing short course for 1 month ++. Ah, dulu bukan main cakap KPTM tak best. Sekarang aku rasa KPTM lah paling best dalam dunia nih. Gambar? Nantilah eh.


Bye! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...