Thursday, October 25, 2012

Daging kicap, Paprik, dan ayam goreng.



Google.

Semalam, saya masak ayam goreng berempah entah apa-apa. Segala rempah yang ada dalam rumah ni, saya blend. Saya cilok gambar nih sebab ayam saya masak semalam sebijik kaler macam nih. Bahkan lebih lagi.
T____T

Google

Haritu masak daging kicap. Haireen bijak telah merebus daging dengan kuantiti air yang baaaaaaaanyak. Padahal daging ciput je. Setelah itu apabila dimasak, dagingnya tawar tidak berasa apa-apa.
T___T

Google

Beberapa hari yang lepas saya masak ayam paprik. Bila sudah siap masak, rasa bangga nampak cantik nyum nyum confirm menyelerakan.





Omagad. Lupa letak halia!

Anda bayangkan apakah rasa paprik tanpa halia disisi? Panaskan lauk balik, potong halia, dan gaul. OK lah tu kan?  T____________________T


Failed failed failed. Tapi guwa rilek, chill lah. ^.^

Sunday, October 7, 2012

No love story dah. (Oh tidakkk!)





So, boyfriend. Tak dopeklah den nak mengarang ayat bunga-bunga cinto untuk melahirkan rasa cinto den yang mendalam ini. TAK DOPEK jang oii. 





Aku merancang secara serius untuk tidak membangkitkan cerita mengenai cinta/relationship selepas ini. Ini serius punya rancangan, tapi kalau ada sikit terkeluar mintak mahap la yek. Hati remaja memang sukar dijangka ecewahhh.


 Ini kerana,


Kawan baik, kawan jahat kawan, bahkan adik beradik, sepupu sepapat, ipar duai telah membaca blog kitew. Kitew macam malu-malu tapi dalam hati eh bacalah, bacalah lagiiiiii. Heheh 

Dibuatnya adik sepupuku yang masih muda belia bukak blog aku pastu membaca bahan bacaan yang tidak elok, bukankah akan mempengaruhi mereka? Hah habes ah aku jadi role model yang cun tapi tak elok. Mak ayah dorang marah-marah lantas memulaukan aku & takkan mengajak aku pi family day akan datang.




Uiii jauh imaginasi.
OKlah. Assalamualaikum, tumpang lalu. Kbye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...