Friday, May 17, 2013

Hanya Dia.

Hai blog, eh. Assalamualaikum.

Aku sudah berumur 22 tahun (eh tetiba) bagi yang tidak tahu. Well, life is not easy, but easy to handle. Kenapa? OK macamni. Aku dah habis diploma, dah konvo rabu lepas, & sekarang continue degree. Life sebagai seorang student degree bukan macam dalam mimpi. Iya, mimpi semua nak indah-indah. Tapi realitinya arghhhh.

Masa diploma hidup aku tak terurus. Takda planning untuk hari esok, macam surprise gittueww, TAPI sekarang dinding bilik aku penuh list dalam kalendar untuk bulan ni, dan bulan depan. Maknanya aku busy, tersangatlah busy.

Segamat tak best, tapi syukur. Kaki aku tak merayap. Allah macam tau jek tempat mana yang terbaik untuk aku sambung degree. No shopping, no movies, takda hangout dalam kitab hidup buat masa ni.


Ok, itu yang pertama. Yang kedua.

Aku mohon YPJ, from the 1st procedure aku handle sampai loan dapat, Ya Allah macam-macam dugaan. Surat tak sampai, due date nak dekat. Aku terpaksa ulang-alik JB-Segamat macam JB seberang jalan je. Tapi Allah permudahkan, time aku kena balik JB, time tu pulak class cancel. Time tu pulak takda assignment. Rilek je guwa balik naik bas.


Yang ketiga.

Subjek semester ni, kami 1 group kena interview 'Person Of Interest'. Maknanya kena interview VIP, Datuk-Datuk or orang yang berjaya dalam hidup. Mula-mula ok, eh last minute cancel. Menggelabah kitorang cari Datuk untuk di interview sebab presentation nak dekat. Lastly dapat, kawan aku tolong. Tak payah kena buat appointment. Datang office terus je.


Keempat.

Aku takda buku teks, Ok silap aku ambik mudah sangat. Ingat pakai slide notes bajet macam isinya padat, tepat, cepat, jimat. Tapi rupanya sangkaan ku ternyata silap. Nak beli buku dah habis. Nak beli dari senior pon dah sold out. Mulalah aku menggelabah, final nak dekat ni. Dannnnnnnnnn tadi, lepas aku balik class, bukak pintu, biasanya laju je aku naik atas masuk bilik, tapi tadi boleh pulak mata ni terpandang buku dalam kotak senior housemate aku. 



Eh buku MGT! Buku OPM!! Eh eh ehhhh! 


Belum senior housemate aku bukak tudung lagi, aku dah mintak nak beli buku tu. Tapi dia bagi pinjam. Pakai sampai final. Tak payah keluar duit.


Ya Allah, syukur. Sebenarnya ini mungkin kebetulan. Tapi aku percaya, Allah maha mendengar setiap doa hambanya. Tapi jangan ditanya dugaan yang aku dapat sebelum dan selepas kejadian-kejadian diatas. Banyak. Mencurah-curah air mata sebelum aku dapat nikmatnya.

Bila kita mohon, Allah bagi. Tapi Allah uji dulu sejauh mana usaha kita. Bila kita lupa, Allah ingatkan. Dia ingatkan dengan bermacam dugaan sampai kita sujud kembali pada Allah.


Hanya Allah.





1 comment:

izzatizham said...

degree life..hehe.. same mcm aku..sem lepas pun da bape kali air mata aku keluar dgn mcm2 bende..sem nie pun same gak..nk tahan, keluar jugak.. hehe..apapun, ko mesti leh wat.. Insya Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...