Sunday, June 19, 2011

Datuk K dalam hati saya.

Mohamad Khairodin bin Imam & Hasnon bt Mohd Sayuti.

Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Bapa.

'Kita bukan orang mewah Jana..'

Ayah selalu cakap macamtu. Tapi kenapa bila aku mintak duit ayah selalu bagi? Dulu selalu aku merungut, kenapa ayah tak macam ayah orang lain? Kenapa ayah kerja 24 jam?

Kita bukan orang senang. Kita bukan orang miskin. Hidup kami sedang-sedang. 

Ayah kerja siang malam untuk bagi apa yang kami perlukan. Setelah kami beranjak dewasa, baru aku tahu. Kami dah cukup dewasa untuk tahu semua perkara tentang hidup ayah.

'Hidup ayah susah, jadi ayah tak mahu anak-anak ayah merasa seperti ayah.'

Itu dah cukup buat air mata aku mengalir. Ya Allah betapa aku beruntung mempunyai lelaki seperti ayah. Ayah tak pernah kenal erti penat. Sumpah, kadang aku bertanya sendiri, ayah aku ni tak penat ke?

Ahad je waktu cuti ayah.
Itupun tak lekat dekat rumah.

Sejak aku sambung belajar, dapat MARA. Aku tak pernah lagi mintak duit ayah. (Sem 5 ni aje baru aku mintak duit yuran.hikhik.) Bagi aku dah cukup selama ni aku meminta-minta. Ayah pon nak beli apa yang dia mahukan.

Ayah shopping baju raya, ayah holiday, ayah beli kereta, ayah beli kedai, ayah beli rumah, ayah beli kebun. 

Sebenarnya kepuasan ayah berbelanja, akhirnya untuk kami. Kan? Sikit pun dia tak lupakan anak-anak.

Tuhanku, ibubapaku anugerah terindah pernah aku miliki. Pinjamkan aku anugerah ini selamanya. Kerana aku tak mahu kehilangan walaupun sedetik.

Dia penyabar, dia tenang, dia sangat cool.
I love you daddy.

Khairodin's daughter,
Haireen Nurjana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...