Monday, June 20, 2011

Perempuan diragut depan apartment aku.

Semalam saya senang. Hari ini saya sibuk.
Semalam saya boleh lena dalam tilam. 
Hari ini saya tertidur didalam kelas atas meja. 
Juga sangat lena, apa lagi ada aircond.

Nampak sangat saya boleh tidur dimana sahaja.
Tak senonoh betul, buat jatuh market aje.

Ibu cakap dulu saya anak paling senang dijaga, 
saya bangga.
Ibu cakap saya lembik macam sotong, 
saya err..tak berapa bangga.

_________________________________________________

Tadi pagi saya dikejutkan satu kejadian ragut.
Yang paling menterkejutkan aku, depan sikit je dari pagar apartment aku wehh! Kejadian tu dalam pukul 8pagi. Aku keluar rumah pukul 8.45pagi. Mana tak kecut perut aku jalan pergi LRT. Seriau! Kesian perempuan tu, berteriak macam kena histeria.

Tapi saya cool. 

Allah, kepadamu aku mohon perlindungan. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...