Sunday, July 17, 2011

Hey, ini untuk kau orang.


Sorry, aku takda hadiah best untuk korang.
Ini handmade punya, 
Aku tak beli mana-mana & aku tak jual pada sapa-sapa.
Priceless.

NurHanis Izzati Izham,

Starting kau masuk hostel dulu, aku dapat agak kau boleh jadi kawan yang baik. Kawan yang bagi teguran, nasihat. Kawan gelak, kawan nangis.

Ingat lagi waktu aku lepas operation dulu? Kau tolong aku ajar maths tiap-tiap malam, budak-budak lain ajar aku Account, Bel, Ctu, semualah. Tapi sorrylah, aku sangkut subjek kau ajar tu. HEHE.

Aku ingat lagi kau suapkan aku ubat time aku sakit. Haa! Time aku menangis gila babi kat bilik, waktu tu kau tengah bergayut. Lepastu kau suruh budak tu off sebab nampak aku tengah menangis. Kau datang dekat aku, tanya aku kenapa. Ya Allah! Time tu aku menangis bukan sebab apa dah, tapi sebab kau tanya aku macam tu.

Sedih siot.

Dengan kau macam-macam benda kita dah lalui. 
Sorry Nis banyak kali kau rasa susah bila kau dengan aku.

Doa aku untuk kau, semoga kau menjadi perempuan yang terbaik dunia akhirat. Aku kau dengan yang lain (7orang1bumbung) kekal sahabat selagi hayat dikandung badan. Amin.

__________________________________

Muhammad Zaim Zali,

Hah, 1st time conteng entry pasai hang nihh! Nervous pulak. Apa nak cakap eh? OK, lets start from beginning.

Starting lu masuk class 1st sem dulu, wa dah nampak 'eh Tam Suhaimi masuk class aku ke?' Sebab muka macam sama bebb. HAHA

Jangan perasan sangat, sikit-sikit je.

Kita kawan dari 1st sem, sampai sekarang. Kita rapat.

Dengan kau aku senang, dengan kau aku bebas.
Sebab aku boleh gelak macam pontianak, atau buat muka paling hodoh.

Aku tak pandai lintas jalan. Kau pon tahu.
Ada 1 hari time kita nak lintas, kau keluarkan wallet kau, bukak jadi panjang. Kau pegang sebelah, lepastu yang sebelah lagi kau suruh aku pegang. Gila! Kalau kena ragut sia-sia je aku kena belanja kau!

Tapi terima kasih masih jaga batas kau dengan aku.

Thanks perkenalkan aku dengan Coolblog sampai aku jadi ketagih. Ciss.

Doa aku untuk kau,semoga menjadi seorang khalifah yang terbaik. Kalau ada awek yang lu dah tersangkut. Jangan lupa wa.

____________________________________

Izzati&Zaim,
Selamat Hari ulang tahun.

Love: HaireenKhairodin.

Thursday, June 30, 2011

Ulang tahun 20 tahun.

Semalam muncung bukan main.
Harini saya muncung lagi panjang 2km.
Tapi tak lama. HEHE

So, I warn you 
kebarangkalian mood aku bertukar sangat tinggi.






(Ada aku kesah?)






29 /6/2011 birthday Shou, housemate aku. Kami pakat main tabur bedak atas kepala dia. Nak tabur pakai tepung sayang, boleh buat cekodok. Ni bukan bedak cap John Travolta, bukan bedak cap Johny Deep. Tapi bedak Johnsen&Johnsen. Bukan main lagi kelassss kau nyah! Habis bedak aku. Birthday girl putih 1 badan, dengan aku aku sekali. Cehh.

Paling best, lantai rumah kami boleh buat shuffle woo..!
Rambut aku pon jadi selembut sutera.
Terima kasih Johnsen&Johnsen!
Kahkahkah.

30/6/2011 birthday Idris, collegemate aku. Tadi dekat kolej budak-budak lelaki pakat simbah dia dengan air busuk. Teh basi + kahak + telur + tepung. Habislah berendam 7 hari 7 malam pon belum tentu hilang bau kau derrr. Eeeuuuwww! Seram tengok kau keluar toilet buat muka bengang. Tapi seram lagi tengok muka dengan rambut kau putih ajeeee. HAHA



Happy Birthday! Korang dah tua oi!

Friday, June 24, 2011

KL to Karak opss! KL to Kelantan.



Hai pakwe-pakwe Kelantan!


Semalam pergi Kelantan.
Pergi satu hari sebab saja-saja nak pergi.


Banyaklah kau punya saja-saja.
Eh belum apa-apa dah keluar gambar dia.


KPTM-KESEDAR Gua Musang, Kelantan.
Haii adik bongsu!

Kita bagi gambar bercerita.



Tapi alangkah sedih sebab pakwe Kelantan tak pandang budak pendek nih.


Kami nampak kereta terbabas masuk longkang highway.
Bas kami semput, tak boleh naik bukit.
 Sumpah cuak gila.


Sampai KL malam, aku dah takut kalau kami terlepas tren akhir. Nasib baik ada, haihh selamat. Tapi..kenapa ramai orang kuning?


Ohh, penyokong Malaysia rupanya.
Lupa haritu ada bola.


M'sia buat aku bangga!

Monday, June 20, 2011

Perempuan diragut depan apartment aku.

Semalam saya senang. Hari ini saya sibuk.
Semalam saya boleh lena dalam tilam. 
Hari ini saya tertidur didalam kelas atas meja. 
Juga sangat lena, apa lagi ada aircond.

Nampak sangat saya boleh tidur dimana sahaja.
Tak senonoh betul, buat jatuh market aje.

Ibu cakap dulu saya anak paling senang dijaga, 
saya bangga.
Ibu cakap saya lembik macam sotong, 
saya err..tak berapa bangga.

_________________________________________________

Tadi pagi saya dikejutkan satu kejadian ragut.
Yang paling menterkejutkan aku, depan sikit je dari pagar apartment aku wehh! Kejadian tu dalam pukul 8pagi. Aku keluar rumah pukul 8.45pagi. Mana tak kecut perut aku jalan pergi LRT. Seriau! Kesian perempuan tu, berteriak macam kena histeria.

Tapi saya cool. 

Allah, kepadamu aku mohon perlindungan. Amin.

Sunday, June 19, 2011

Datuk K dalam hati saya.

Mohamad Khairodin bin Imam & Hasnon bt Mohd Sayuti.

Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Bapa.

'Kita bukan orang mewah Jana..'

Ayah selalu cakap macamtu. Tapi kenapa bila aku mintak duit ayah selalu bagi? Dulu selalu aku merungut, kenapa ayah tak macam ayah orang lain? Kenapa ayah kerja 24 jam?

Kita bukan orang senang. Kita bukan orang miskin. Hidup kami sedang-sedang. 

Ayah kerja siang malam untuk bagi apa yang kami perlukan. Setelah kami beranjak dewasa, baru aku tahu. Kami dah cukup dewasa untuk tahu semua perkara tentang hidup ayah.

'Hidup ayah susah, jadi ayah tak mahu anak-anak ayah merasa seperti ayah.'

Itu dah cukup buat air mata aku mengalir. Ya Allah betapa aku beruntung mempunyai lelaki seperti ayah. Ayah tak pernah kenal erti penat. Sumpah, kadang aku bertanya sendiri, ayah aku ni tak penat ke?

Ahad je waktu cuti ayah.
Itupun tak lekat dekat rumah.

Sejak aku sambung belajar, dapat MARA. Aku tak pernah lagi mintak duit ayah. (Sem 5 ni aje baru aku mintak duit yuran.hikhik.) Bagi aku dah cukup selama ni aku meminta-minta. Ayah pon nak beli apa yang dia mahukan.

Ayah shopping baju raya, ayah holiday, ayah beli kereta, ayah beli kedai, ayah beli rumah, ayah beli kebun. 

Sebenarnya kepuasan ayah berbelanja, akhirnya untuk kami. Kan? Sikit pun dia tak lupakan anak-anak.

Tuhanku, ibubapaku anugerah terindah pernah aku miliki. Pinjamkan aku anugerah ini selamanya. Kerana aku tak mahu kehilangan walaupun sedetik.

Dia penyabar, dia tenang, dia sangat cool.
I love you daddy.

Khairodin's daughter,
Haireen Nurjana.

Tutorial disable right click.

Nah, tutorial untuk awak.



'TAKKAN ITUPUN NAK COPY?'
Awak boleh tukar ikut sesedap rasa yang awak nak.

1. Design
2. Page element
3. Add a gadget
4. HTML/JavaScript
5. Copy&paste kod diatas
6. Siap!

___________________________________

Semalam pergi kenduri rumah orang.
Perut kenyang, hati senang.
HuahuahuaDOTcom.


Friday, June 17, 2011

formspring.me

Kau tanya aku jawab. Aku jawab kau tanya. http://formspring.me/nonahaireen

Thursday, June 9, 2011

Ada apa dengan KPTM?

Sejak-sejak nih ramai betul budak histeria dekat kolej.
Apa nih? Jangan buat aku takut weii.
__________________________________________

[Sorry Azu, tiap kali nak habaq pasai hang, tiba-tiba otak blank.]

__________________________________________

OK lah kita sambung.

Sekarang ni azan berkumandang tiap kali masuk waktu. Satu bangunan dengar. Dan kami berasa tenteram, sangat tenteram. Lepas azan, budak-budak akan hyper balik. Kesimpulannya kolej kami akan senyap hanya dua kali sehari. Zohor dan Asar sahaja.

Begitulah setiap hari.

Kolej kami ada 6 tingkat, tapi sampai tingkat 5 aje boleh guna. Kami dilarang naik tingkat 6. Kami tak tahu kenapa. Tapi paham-paham sendirilah.

Jangan takut.
Kami hidup aman gembira sihat sejahtera dalam kolej tu.


KPTM KL
hebat.

(Bak meh lima posen! duit iklan.)


Friday, May 27, 2011

Baca dan fahamilah, bukan menghafal.


Tadi pergi menonton filem karak. 
Okaylah, ending dia best. 
Lagi-lagi time Zura baca ayat Kursi, tersentuh jugak jiwa aku. 



KELEBIHAN AYAT KURSI
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian mahu kena pembuli jalanan.
Ada kisah disebalik Ayat Kursi nih.
________________________________________________
Kenapa Tak Rogol Saya?
Kisah benar ini berlaku di US.Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” 
Perogol tu jawab:  “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” 
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
________________________________________________________
P/s: Alhamdullilah selama ni aku amalkan baca sebelum tidur, aku tak pernah mimpi bukan-bukan. Aku tak pernah rasa tenangnya waktu tidur setenang lepas baca Kursi. Cuma aku selalu je insomnia. Ciss.. =.=''
________________________________________________________
“Allah tidak ada Ilah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya, Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Q.s.,al-Baqarah:255)

Saturday, January 22, 2011

Little sunshine.

Mohamad Fahim Syahmi b Mohd Haswandi.
i love you my little sunshine.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...